Di bawah ini kami kongsikan beberapa tips penting yang perlu diambilkira sebelum membuat keputusan untuk memulakan bisnes vico
Tips Penting Yang Ingin Dikongsikan...
No.1 - Tapak Niaga Yang Strategik
Langkah pertama dalam merangka strategi untuk menjalankan perniagaan Vico adalah faktor pemilihan tapak yang menjadi tumpuan ramai orang seperti kawasan gerai penjaja, kawasan sekolah, kawasan rumah kedai, tapak pasar malam, kawasan pasaraya, tapak taman riadah dan tapak expo/event.
Vico merupakan satu jenama minuman coklat yang telah bertapak kukuh dan telah berada lama di dalam pasaran Malaysia, oleh yang demikian dengan pemilihan tapak niaga yang tepat dan bersesuaian mampu untuk menarik ramai pelanggan untuk datang berkunjung ke gerai vico anda.
No.2 - Kualiti Bancuhan
Dengan menggunakan resepi bancuhan susu khas bersama serbuk Vico sepenuhnya tanpa campuran bahan tambahan lain seperti air gula, susu tin, serbuk koko ianya pasti akan menghasilkan bancuhan air Vico yang sedap dan berkualiti tinggi. Rasa bancuhan Vico yang sedap dan berkualiti ini akan dapat menarik pelanggan untuk datang berkunjung lagi dimasa akan datang sebagai pelaggan setia.
Pelanggan setia ini akan menjadi faktor kelangsungan kepada peniaga Vico untuk terus kekal berada dalam pasaran dan dapat bertahan serta bersaing secara sihat.
Peniaga juga perlu mempunyai tanggungjawab dalam memastikan setiap hidangan air coklat Vico yang dijual haruslah bersih dan menepati kualiti serta berada pada suhu yang betul pada setiap masa. Ini dapat mewujudkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda pada setiap masa.
No.3 - Disiplin Dengan Waktu Urusniaga
Sebagai peniaga air Vico, amalan disiplin terhadap waktu ber-urusniaga adalah sangat perlu dititikberatkan, ini bagi memastikan pelanggan yang hadir tidak berasa kecewa ketika mereka datang berkunjung.
Sebagai contoh waktu berniaga, hari berniaga, hari cuti mestilah tetap dan tidak berubah-ubah.
No.4 - Kebersihan Dan Layanan
Faktor kebersihan sangat penting untuk memastikan pelangan selesa apabila mereka datang berkunjung ke gerai Vico anda.
Selain untuk bagi nampak menarik ianya juga secara tidak langsung dapat mengelakkan dari berlakunya kes yang berkaitan dengan keracunan makanan.
Setiap pelanggan yang datang berkunjung perlulah diberi layanan yang istimewa. Pelanggan yang gembira dan berpuashati dengan layanan yang diberi mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk datang berkunjung lagi di masa akan datang.
No.5 - Guna Strategi Yang Betul Dan Tepat
Membuka banyak cawangan di peringkat permulaan bukanlah suatu tindakan yang tepat. Peniaga perlu menstabilkan jualan secara konsisten, melancarkan urusan operasi, menguruskan kewangan dengan betul, mengendalikan pekerja dengan efisen, menguruskan stok dengan baik kemudian barulah boleh merancang untuk membuka cawangan kedua dan cawangan seterusnya.
Memiliki satu cawangan yang berpotensi tinggi adalah lebih baik dari mempunyai dua cawangan yang tidak produktif.